Skip to main content

KESELAMATAN PEKERJAAN


Pengenalan

 

Bahagian Keselamatan Pekerjaan ialah bahagian yang menguruskan perkara yang berkaitan dengan Keselamatan Bangunan dan Kebakaran, Pengurusan Kontraktor, Keselamatan Mesin dan Jentera serta Keselamatan dan Sekuriti Kimia dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan akta KKP 1994 dan perundangan negara yang berkuatkuasa.

Keselamatan Bangunan & Kebakaran

  • Mengurus dan menyelaras pelaksanaan kawad kebakaran dan kecemasan di bangunan PTJ/ Desasiswa
  • Menyelaras dan memantau aspek keselamatan sistem pepasangan Gas Petroleum Cecair (LPG) di bangunan PTJ
  • Menyelaras dan memantau aspek keselamatan kebakaran di bangunan PTJ.
  • Menyelaras dan memantau aspek persediaan dan tindakan kecemasan di bangunan PTJ.
  • Menyelaras dan memantau aspek keselamatan elektrik di bangunan PTJ

Pengurusan Kontraktor

 

Keselamatan Mesin & Jentera

  • Mengurus dan menyelaras pendaftaran serta pembaharuan sijil kelayakan penggunaan autoklaf dan kompressor PTJ dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH).
  • Menyelaras dan memantau aspek-aspek keselamatan mesin dan jentera mengikut keperluan undang-undang.

Keselamatan & Sekuriti Kimia

  • Menjadi Sekretariat kepada Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan dan Sekuriti Kimia
  • Menyelaras pematuhan Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 berhubung keselamatan dan sekuriti kimia.
  • Menerapkan budaya dan kesedaran berkaitan keselamatan dan sekuriti kimia dalam kalangan warga kampus.