Pertandingan "Tik-Tok" - Memupuk Budaya Kerja Selamat & Sihat

POSTER
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
PERTANDINGAN TIK-TOK – MEMUPUK BUDAYA KERJA SELAMAT & SIHAT
PENDAHULUAN
Pertandingan ini dijalankan dengan cara mencipta video menggunakan platform TikTok, iaitu salah satu aplikasi yang terkenal dalam kalangan pelbagai peringkat umur pada hari ini. Video tersebut mestilah mengandungi isi kandungan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Penyampaian informasi menerusi video ini bersifat bebas iaitu mengikut kreativiti dan keselesaan individu serta bertemakan “Memupuk Budaya Kerja Selamat & Sihat’.
OBJEKTIF
Aktiviti ini bukan sahaja dapat memberi peluang kepada individu untuk mempamerkan kreativiti masing-masing dalam menyampaikan maklumat tetapi ia juga dapat membantu menyediakan dan menyampaikan pengetahuan berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara santai dan mudah difahami kepada semua peringkat umur.
MAKLUMAT PERTANDINGAN VIDEO
i. Pertandingan video Tik-tok – Memupuk Budaya Kerja Selamat & Sihat adalah anjuran Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) peringkat Kampus Induk dan Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia.
ii. Tempoh penyertaan adalah 03 Oktober 2023 sehingga 17 Oktober 2023.
iii. Tempoh penjurian adalah 23 Oktober 2023 sehingga 24 Oktober 2023.
iv. Setiap video perlu bertemakan “Memupuk Budaya Kerja Selamat & Sihat”.
v. Setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu video. Walaubagaimanapun, peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.
KELAYAKAN PERTANDINGAN
1. Penyertaan terbuka kepada semua warga (staf dan pelajar) USM Kampus Induk dan Kampus Kejuruteraan.
2. Ahli Jawatankuasa Penganjur dan para pengadil tidak dibenarkan menyertai peraduan ini.
TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN
1. Penyertaan adalah percuma.
2. Penyertaan pertandingan video adalah secara individu atau berkumpulan.
3. Produksi mestilah karya asal peserta dan tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan sama ada di peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa.
4. Genre video adalah terbuka seperti animasi, drama, sketsa, komedi dan dokumentari.
5. Memastikan akaun pengguna tiktok yang aktif dan dalam tetapan umum.6. Video tiktok yang dihasilkan perlu dikongsikan ke akaun Facebook peribadi dalam tetapan umum dan gunakan tanda pagar (hastag) berikut:
#OSHDAYUSM2023
#memupukbudayakerjaselamat&sihat
#ukkpusm2023
#kampusinduk (jika staf/pelajar Kampus Induk)
#kampuskejuteraan (jika staf/pelajar Kampus Kejuruteraan)
7. Peserta perlu follow akaun Facebook UKKP USM di pautan https://www.facebook.com/OSHUSM
8. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos ataupun kerugian yang ditanggung oleh peserta sepanjang pertandingan berlangsung.
9. Tidak dibenarkan menyentuh sensitiviti kaum, agama serta politik dalam pembikinan video.
10. Urusetia berhak menolak sebarang penyertaan yang melanggar peraturan dan mengubah sebarang syarat yang dirasakan perlu dari masa ke semasa.
SPESIFIKASI VIDEO
1. Durasi masa video yang dihasilkan tidak melebihi 120 saat.
2. Peserta dibenarkan menghasilkan video dengan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
3. Video dihasilkan perlu mempunyai kualiti gambar dan suara yang baik serta jelas.
PENDAFTARAN DAN PENGHANTARAN VIDEO
1. Isi maklumat penyertaan dalam google forms yang disediakan di link atau imbas kod QR berikut:
https://forms.gle/wYcKraddPFKHJvND7
2. Salin (Copy) pautan (link) video anda dan tampalkan (paste) di dalam ruangan penghantaran google form di atas dan seterusnya kongsikan juga pautan video ke Tik Tok UKKP https://www.tiktok.com/@ukkpusm
KRITERIA PENILAIAN VIDEO
1. Keseluruhan video tiktok akan melibatkan penjurian professional (70%). Penjurian professional akan dinilai mengikut kriteria berikut ;
Idea
Kreativiti Penyampaian
Kesesuaian Dengan Tema
2. Video akan dinilai melalui penjurian awam (30%), kriteria permarkahan adalah seperti berikut:
Bilangan Tanda Suka (Like)
Bilangan Digemari (Favorites)
3. Semua keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.
HADIAH
1. Hadiah-hadiah yang berupa wang tunai dan sijil penghargaan akan diberikan kepada pemenang-pemenang bagi kedua-dua kategori pada Majlis Penutupan Hari KKP USM yang dijadualkan pada 26 Oktober 2023.
Hadiah/Nilai
Tempat Pertama
RM 150.00 & Sijil Penghargaan
Tempat Kedua
RM 100.00 & Sijil Penghargaan
Tempat Ketiga
RM 50.00 & Sijil Penghargaan
2. Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
TARIKH TUTUP PENYERTAAN
1. Semua penyertaan hendaklah dikemukakan kepada pihak urusetia selewat-lewatnya pada 17 Oktober 2023 sebelum jam 05.00 petang.
2. Penyertaan yang diterima selepas daripada tarikh tutup akan ditolak.
PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi :
URUSETIA TIK-TOK – MEMUPUK BUDAYA KERJA SELAMAT & SIHAT
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Aras G, Bangunan TORAY
Universiti Sains Malaysia
(p/s; En. Mohd Reduan Selamat)
E-MEL:
TEL: 04 - 653 2886