Pertandingan Melukis & Mewarna (Pelajar Sekolah & Warga USM)
Poster Warga USM
Syarat-Syarat Penyertaan (Staf & Pelajar USM)
PERADUAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER SEMPENA HARI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, TAHUN 2023
TERBUKA KEPADA SEMUA STAF DAN PELAJAR USM KAMPUS INDUK DAN KAMPUS KEJURUTERAAN
MAKLUMAT PERADUAN
- Pertandingan Poster Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) 2023 adalah anjuran Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) sempena Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan USM 2023.
- Tempoh penyertaan adalah 03 Oktober 2023 sehingga 17 Oktober 2023.
- Tempoh penjurian adalah 23 Oktober 2023 sehingga 24 Oktober 2023.
- Setiap poster perlu bertemakan “Memupuk Budaya Kerja Selamat & Sihat”.
- Setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu poster. Walaubagaimanapun, peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.
KELAYAKAN PERTANDINGAN
- Penyertaan terbuka kepada semua warga USM Induk dan Kejuruteraan sahaja (staf dan pelajar).
- Ahli Jawatankuasa Penganjur dan para pengadil tidak dibenarkan menyertai peraduan ini.
TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN
- Penyertaan adalah percuma.
- Penyertaan pertandingan melukis poster adalah secara individu.
- Penyertaan hendaklah menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
- Pihak penganjur tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos ataupun kerugian yang ditanggung oleh peserta sepanjang pertandingan berlangsung.
- Penghasilan poster tidak dibenarkan menyentuh sensitiviti agama, kaum serta politik.
- Lukisan grafik dan adaptasi menggunakan komputer tidak dibenarkan.
- Medium lukisan adalah bebas: cat air, poster color, charcoal, cat minyak, pensil warna, soft pastel, oil pastel, medium campuran dan seumpamanya.
- Rekaan hendaklah menarik, mudah bentuknya dan membawa makna yang mendalam dan mudah difahami.
- Rekaan boleh berbentuk kartun, lakaran-lakaran simbolik, kata-kata nasihat dan seumpamanya.
- Setiap rekaan hendaklah dibuat di atas kertas tebal (mounting board) yang berukuran A2 (420 mm x 594 mm) di dalam berbagai bentuk grafik (Warna poster, warna air, warna pensil atau lain-lain bentuk warna yang sesuai).
- Peserta-peserta dibenarkan menghantar seberapa banyak penyertaan. Setiap rekaan hendaklah merupakan karya asal. Setiap peserta layak menerima hanya satu hadiah sahaja bagi setiap kategori.
TUNTUTAN HAK CIPTA
- Semua penyertaan yang diterima menjadi hakmilik penganjur dan ianya boleh digunakan untuk apa-apa tujuan.
- Pihak penganjur berhak menerbitkan, mengeluarkan, memapar, mengedar, menyunting dan menayangkan pada skrin mana-mana hasil karya pemenang atau tidak di laman web, pameran, mana-mana media yang lain atau media sosial untuk tujuan kegunaan penganjur.
KRITERIA PENGHAKIMAN
- Keseluruhan penghasilan poster akan melibatkan 100% penjurian professional.
Penjurian professional akan dinilai mengikut kriteria berikut ;
- Idea
- Kreativiti Penyampaian
- Kesesuaian Dengan Tema
2. Semua keputusan juri adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat- menyurat tidak akan dilayan.
HADIAH
- Hadiah-hadiah yang berupa wang tunai dan sijil penghargaan akan diberikan kepada pemenang-pemenang pada Majlis Penutupan Hari KKP USM yang dijadualkan pada 26 Oktober 2023.
|
Hadiah |
Nilai |
|
Tempat Pertama |
RM 300.00 & Sijil Penghargaan |
|
Tempat Kedua |
RM 200.00 & Sijil Penghargaan |
|
Tempat Ketiga |
RM 100.00 & Sijil Penghargaan |
PENYERTAAN DAN PENGHANTARAN POSTER
- Peserta-peserta hendaklah menulis nama, nombor staf/matrik, alamat, emel, dan nombor telefon yang boleh dihubungi di belakang setiap rekaan.
- Semua penyertaan hendaklah sampai di Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, di alamat berikut :
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Aras G, Bangunan TORAY
Universiti Sains Malaysia
(u.p.: En. Mohd Reduan Bin Selamat)
No. Tel : 04-653 2886
No. Faks : 04-6534405
E-mel :
TARIKH TUTUP PENYERTAAN
- Semua penyertaan hendaklah dikemukakan kepada pihak urusetia selewat-lewatnya pada 17 Oktober 2023 sebelum jam 05.00 petang.
- Penyertaan yang diterima selepas daripada tarikh tutup akan ditolak.
PERTANYAAN
- Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi :
URUSETIA MELUKIS POSTER KKP 2023
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Aras G, Bangunan TORAY
Universiti Sains Malaysia
(u/p; En. Mohd Reduan Selamat)
E-MEL:
TEL: 04-653 4047/ 653 2886
Poster Sekolah Menengah
Syarat-Syarat Penyertaan (Sekolah Menengah)
PERADUAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER SEMPENA KEMPEN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, TAHUN 2023
TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
MAKLUMAT PERADUAN
- Pertandingan Poster Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) 2023 adalah anjuran Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) sempena Kempen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan USM 2023.
- Tempoh penyertaan adalah 03 Oktober 2023 sehingga 17 Oktober 2023 Sebelum 5.00 petang.
- Tempoh penjurian adalah 23 Oktober 2023 sehingga 24 Oktober 2023.
- Setiap poster perlu bertemakan “Memupuk Budaya Kerja Selamat & Sihat”
- Setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu poster. Walaubagaimanapun, peserta hanya layak memenangi satu hadiah
KELAYAKAN PERTANDINGAN
- Peraduan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah sekitar Pulau Pinang.
- Anak-anak ahli Jawatankuasa Penganjur dan para pengadil tidak dibenarkan menyertai peraduan ini.
TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN
- Penyertaan adalah percuma.
- Penyertaan hendaklah menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
- Pihak penganjur tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos ataupunkerugian yang ditanggung oleh peserta sepanjang pertandingan berlangsung.
- Penghasilan poster tidak dibenarkan menyentuh sensitiviti agama, kaum serta politik.
- Lukisan grafik dan adaptasi menggunakan komputer tidak dibenarkan.
- Medium lukisan adalah bebas: cat air, poster color, charcoal, cat minyak, pensil warna, soft pastel, oil pastel, medium campuran dan seumpamanya.
- Rekaan hendaklah menarik, mudah bentuknya dan membawa makna yang mendalam dan mudah difahami.
- Rekaan boleh berbentuk kartun, lakaran-lakaran simbolik, kata-kata nasihat dan seumpamanya.
- Setiap rekaan hendaklah dibuat di atas kertas tebal (mounting board) yang berukuran A2 (420 mm x 594 mm) di dalam berbagai bentuk grafik (Warna poster, warna air, warna pensil atau lain-lain bentuk warna yang sesuai).
- Peserta-peserta dibenarkan menghantar seberapa banyak penyertaan. Setiap rekaan hendaklah merupakan karya asal. Setiap peserta layak menerima hanya satu hadiah sahaja bagi setiap kategori.
TUNTUTAN HAK CIPTA
- Semua penyertaan yang diterima menjadi hakmilik penganjur dan ianya boleh digunakan untuk apa-apa tujuan.
- Pihak penganjur berhak menerbitkan, mengeluarkan, memapar, mengedar, menyuntingdan menayangkan pada skrin mana-mana hasil karya pemenang atau tidak di laman web, pameran, mana-mana media yang lain atau media sosial untuk tujuan kegunaan
KRITERIA PENGHAKIMAN
- Penjurian akan dinilai mengikut kriteria berikut ;
- Idea
- Kreativiti Penyampaian
- Kesesuaian Dengan Tema
- Semua keputusan juri adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat- menyurat tidak akan dilayan.
HADIAH
Hadiah-hadiah yang berupa wang tunai dan sijil penghargaan akan diberikan kepada pemenang-pemenang pada Majlis Penutupan Hari KKP USM yang dijadualkan pada 26 Oktober 2023.
|
Hadiah |
Nilai |
|
Tempat Pertama |
RM 200 & Sijil Penghargaan |
|
Tempat Kedua |
RM 150 & Sijil Penghargaan |
|
Tempat Ketiga |
RM 100 & Sijil Penghargaan |
PENYERTAAN DAN PENGHANTARAN POSTER
- Peserta-peserta hendaklah menulis nama, email, alamat dan no. telefon yang boleh dihubungi di belakang setiap rekaan beserta kategori penyertaan.
- Semua penyertaan hendaklah sampai di Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, di alamat berikut :
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Aras G, Bangunan TORAY
Universiti Sains Malaysia
11800 Minden
Pulau Pinang
(u.p.: En. Rozaidee bin Ishak)
No. Tel : 04-6534079
No. Faks : 04-6534405
E-mel :
TARIKH TUTUP PENYERTAAN
- Semua penyertaan hendaklah dikemukakan kepada pihak urusetia selewat-lewatnya pada 17 Oktober 2023 sebelum jam 5.00 petang.
- Penyertaan yang diterima selepas daripada tarikh tutup akan ditolak.
PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi :
URUSETIA MELUKIS DAN MEWARNA POSTER KKP 2023 (SEKOLAH MENENGAH)
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Aras G, Bangunan TORAY
Universiti Sains Malaysia
(u.p.: En. Rozaidee bin Ishak)
E-MEL:
TEL: 04-653 4079/ 653 2886
Poster Sekolah Rendah
Syarat-Syarat Penyertaan (Sekolah Rendah)
PERADUAN MEWARNA SEMPENA KEMPEN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, TAHUN 2023
TERBUKA KEPADA PELAJAR SEKOLAH RENDAH SEKITAR USM
- Sek. Keb. Minden Height
- Sek. Keb. Sg Gelugor
- Sek. Keb. Bukit Gambir
- Sek. Keb. Bukit Gelugor
- Sek. Jenis Keb.(T) Subramaniya Barathee
- Sek. Jenis Keb.(C) Keong Hoe
TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN
- Peraduan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah sekitar Universiti Sains Malaysia.
- Penyertaan adalah percuma dan mestilah melalui sekolah masing-masing.
- Setiap sekolah dibenarkan menghantar 5 peserta sahaja.
- Masa pendaftaran bermula daripada jam 9.00 pagi hingga 9.15 pagi.
- Masa pertandingan adalah bermula pada 9.30 pagi hingga 10.30 pagi.
- Peserta perlu membawa peralatan mewarna sendiri (pensil warna dan krayon sahaja yang dibenarkan).
- Pihak penganjur akan menyediakan kertas lukisan untuk mewarna.
- Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah/pakaian sukan sekolah.
- Setiap sekolah yang menyertai pertandingan perlu menghantar bersama dengan guru pengiring.
- Penginapan, pengangkutan, makanan dan minuman adalah tanggungjawab sendiri.
- Peserta dibenarkan untuk menambah seni lukisan dan mewarna untuk menambah daya kreativiti masing-masing.
KELAYAKAN PERTANDINGAN
- Peraduan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah sekitar Universiti Sains Malaysia.
- Anak-anak ahli Jawatankuasa Penganjur dan para pengadil tidak dibenarkan menyertai peraduan ini.
TUNTUTAN HAK CIPTA
- Semua penyertaan yang diterima menjadi hakmilik penganjur dan ianya boleh digunakan untuk apa-apa tujuan.
- Pihak penganjur berhak menerbitkan, mengeluarkan, memapar, mengedar, menyunting dan menayangkan pada skrin mana-mana hasil karya pemenang atau tidak di laman web, pameran, mana-mana media yang lain atau media sosial untuk tujuan kegunaan penganjur.
KRITERIA PENGHAKIMAN
1. Penjurian akan dinilai mengikut kriteria berikut ;
- Idea
- Kreativiti Penyampaian
- Kesesuaian Dengan Tema
2. Semua keputusan juri adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat- menyurat tidak akan dilayan.
HADIAH
1. Hadiah-hadiah yang berupa wang tunai dan sijil penghargaan akan diberikan kepada pemenang-pemenang
|
Hadiah |
Nilai |
|
Tempat Pertama |
RM 150.00 & Sijil Penghargaan |
|
Tempat Kedua |
RM 100.00 & Sijil Penghargaan |
|
Tempat Ketiga |
RM 50.00 & Sijil Penghargaan |
[Text Wrapping Break]
- Setiap peserta akan diberikan sijil penyertaan dan plak penghargaan kepada sekolah
PENYERTAAN PERTANDINGAN
1. Pendaftaran senarai nama murid-murid dan guru pengiring hendaklah menggunakan link berikut ;
https://forms.gle/AANmE1nPSadjahcF8
TARIKH TUTUP PENYERTAAN
1. Semua penyertaan hendaklah dikemukakan kepada pihak urusetia selewat-lewatnya pada 17 Oktober 2023 sebelum jam 5.00 petang.
2. Penyertaan yang diterima selepas daripada tarikh tutup akan ditolak.
PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi :
URUSETIA MEWARNA 2023
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Aras G, Bangunan TORAY
Universiti Sains Malaysia
(u.p.:Rozaidee bin Ishak)
E-MEL:
TEL: 04-653 4079/2886