KEANGGOTAAN JKKP PERINGKAT PTJ
JKKP PTJ
(a) Pengerusi: Ketua PTJ hendaklah mempengerusikan JKKP PTJ masing-masing. Walau bagaimanapun, Ketua PTJ boleh melantik pengurus yang diberi kuasa untuk mempengerusikan mesyuarat JKKP (kecuali mesyuarat sulung) semasa ketiadaannya.
(b) Setiausaha: Penyelaras KKP PTJ
(c) Ahli:
(i) Ahli jawatankuasa hendaklah terdiri daripada berikut:
- mana-mana PTJ yang mempunyai 100 atau kurang pekerja hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 2 wakil pekerja dan 2 wakil pengurusan/ majikan.
- mana-mana PTJ yang mempunyai lebih daripada 100 pekerja hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 4 wakil pekerja dan 4 wakil pengurusan/ majikan.
(II) Keahlian JKKP PTJ bagi wakil majikan hendaklah dilantik oleh Ketua PTJ daripada kalangan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di PTJ masing-masing, manakala bagi PTJ yang tiada pegawai daripada kumpulan tersebut boleh melantik staf Kumpulan Pelaksana (gred tertinggi) di PTJ berkenaan.
(III) Keahlian JKKP PTJ bagi wakil pekerja hendaklah dilantik oleh Ketua PTJ daripada kalangan ahli PKAP USM dan KKA USM di PTJ. Sekiranya tiada ahli PKAP USM dan KKA USM, Ketua PTJ boleh melantik wakil pekerja dalam kalangan staf di PTJ masing-masing.
(IV) Bagi PTJ yang terlibat dengan sumber hazard/ risiko tinggi, Ketua PTJ boleh melantik dalam kalangan staf PTJ yang berpengetahuan dengan sumber hazard/risiko tersebut untuk membantu JKKP PTJ.
- Hits: 42